» » 'Jangan undi BN lagi kalau anda benci dengan GST yang membebankan rakyat Malaysia'


Sebenarnya semua rakyat Malaysia menerima GST dan GST sangat bagus untuk rakyat Malaysia .

Itulah yang akan dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga media kawalan Umno-BN sekiranya Umno mendapat kemenangan di Rompin dan Permatang Pauh nanti.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pula akan menganggap warga peneroka tidak mengambil kisah dengan skandal-skandal yang melibatkan FGV dan menganggap segala penindasan yang dilakukan terhadap mereka tidak menjejaskan sokongan kepada Umno-BN.

Apakah itu yang ingin dilihat, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh?

Oleh itu, baliklah mengundi. Undilah untuk PAS dan PKR untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Isyarat perlu disampaikan kepada Umno-BN yang rakyat menolak GST.

Jangan tersilap menghantar mesej, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh.

Jangan berikan Umno-BN sebarang alasan untuk meneruskan GST.

Jangan berikan peluang untuk Umno-BN menaikkan kadar GST.

Percayalah, sekiranya Umno-BN menang di Rompin dan Permatang Pauh, tidak mustahil kerajaan Umno-BN ini meningkatkan nilai GST pada tahun-tahun akan datang demi menampung keborosan hidup mereka dan juga hutang yang semakin menimbun.

Bahkan, Ahmad mungkin berasa rakyat berasa beliau lebih cerdik berbanding Tun Dr Mahathir. Apakah kita mahu Ahmad berasa rakyat lebih menerima hujahnya yang GST sudah berjaya menurunkan harga barangan daripada saranan Dr Mahathir untuk memansuhkan GST? Sudah tentu tidak.

Bukan itu sahaja, kemenangan Umno-BN di Rompin dan Permatang Pauh juga akan diambil kesempatan untuk Najib bagi membuat deklarasi yang rakyat menerima skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa masalah dan menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

Hutang RM42 bilion oleh 1MDB akan dilupakan sebegitu sahaja. Pendedahan-pendedahan mengenai 1MDB tidak akan lagi diendahkan kerana Najib beranggapan rakyat tetap menyokongnya meskipun terlibat dengan skandal sedemikian.

Oleh itu, saya seru warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh, baliklah mengundi. Sokonglah PAS dan PKR untuk bantah GST. Sokonglah PAS dan PKR untuk menghantar isyarat jelas kepada kerajaan Umno-BN yang mereka perlu menghentikan kezaliman mereka kepada rakyat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .