» » 'Hapuskan cukai petrol dan diesel industri di Malaysia'


Putrajaya seharusnya memansuhkan cukai petrol dan diesel yang dikenakan terhadap industri susulan, bermulanya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Langkah itu katanya, perlu bagi memastikan kos perniagaan tidak meningkat kerana pengguna kini menghadapi kenaikan kos sara hidup tinggi susulan pengenalan cukai berkenaan.

"Pengenalan GST bermula hari ini sudah tentu membebankan rakyat, saya menyeru supaya kerajaan menghapuskan cukai ke atas petrol dan diesel yang digunakan di dalam industri dan perniagaan supaya kos perniagaan tidak terus naik.

"Tindakan mengenakan cukai secara senyap ke atas peniaga dan industri dan menyalahkan mereka tidak menurunkan harga barang adalah tindakan yang tidak jujur dan membebankan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .