» » 'Dr M gagal jelas isu sebenar 1MDB'


Seorang bekas anggota Exco Pemuda Umno hari ini berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar, kiri) gagal menjelaskan isu sebenar mengenai syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ia termasuk hakikat 1MDB merupakan sebuah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat itu tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin oleh kerajaan.

Tun Faisal Ismail Aziz berkata Dr Mahathir tidak meyampaikan fakta hanya RM5.8 billion hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi.

Sedangkan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya, kata beliau.

Dalam tulisan di blognya, beliau turut menjelaskan hakikat 1MDB membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB bank Berhad pada 13 Feb 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

Penjelasan itu bagi menjawab dakwaan 1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh lima buah bank, iaitu Maybank (58.9%), RHB (32.4%), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

Tun Faisal berkata ada blogger pro Dr Mahathir yang cuba menyamakan kegagalan membayar hutang kepada lima buah bank itu dengan kegagalan Renong-UEM (pada zaman Dr Mahathir) dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik.

Beliau berkata Dr Mahathir dalam blognya juga mungkin terlepas pandang beberapa perkara seperti aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga termasuklah pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5,594 megawatt.

Syarikat IMDB juga, katanya terlibat dalam pembinaan tiga lagi loji kuasa baharu, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji Solar di Kedah dan pembelian 310 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .