Ahli Parlimen veteran pembangkang, Lim Kit Siang menyarankan satu misi pencarian fakta untuk menyiasat Sirul Azhar Umar berhubung motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Dan dua calon terbaik untuk tugas itu, menurut Lim, ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"(Misi pencarian fakta ini perlu) melaporkan kepada Parlimen mengenai hasil penemuan mereka, termasuk apa yang perlu dilakukan terhadap Sirul dan Azilah (Hadri), kedua-duanya berdepan dengan hukuman mati, walaupun Sirul telah melarikan diri ke Australia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Pagi ini, Mahathir menulis di blognya bahawa ramalan oleh masyarakat sekarang ialah Umno dan BN akan kalah dalam pilihanraya umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurutnya, tidak dijawab oleh Najib.
Salah satu isu utama, kata Mahathir, ialah misteri motif pembunuhan Altantuya.
Pada masa itu, Abdullah menjadi perdana menteri manakala Najib menjadi timbalannya.
No comments: