» » 'BN dibawah Najib Razak akan kalah dalam PRU14'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan paling keras beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak, mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14) sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir Barisan Nasional (BN) dan Umno akan tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjawab beberapa isu yang timbul.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan BN akan kalah jika beliau memimpin parti itu hingga PRU-14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," tulis beliau dalam blog miliknya, Cetdet.cc pada Khamis.

Menerusi tulisan di blognya itu , beliau turut memberikan contoh kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam dan dakwaan bekas Koperal Sirul Azhar Umar yang menyatakan dia bertindak atas arahan.

"Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir selain itu turut mempertikaikan krisis yang menyelubungi syarikat pembangunan strategik dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia iaitu 1MDB.

"Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbilion ringgit telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain daripada berkata ia adalah pembohongan.

"Kenapa wang kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?," soalnya.

Malah, katanya, isu harga tanah kerajaan yang dibeli 1MDB juga menimbulkan tanda tanya kerana kerajaan menanggung kerugian teruk kerana apabila tanah miliknya dijual tidak mengikut harga pasaran.

"Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi kerajaan rugi banyak apabila tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran," katanya.

Beliau turut mempertikaikan dana pelaburan yang digunakan anak tiri Najib, Riza Aziz dalam filem 'Wolf of Wall Street'.

Menurut Dr Mahathir, tindakan Najib membeli sebuah lagi pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat milik kerajaan disifatkan sebagai satu pembaziran.

"...dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain daripada menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara," katanya.

Mahathir mengakui bukan mudah untuk mendedahkan perkara ini tetapi beliau melakukannya demi bangsa dan negara.

"Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini.

"Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri," katanya.

Beliau berkata orang Melayu hanya akan selamat jika mengutamakan bangsa berbanding diri sendiri.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .