Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar pembangkang supaya mengemukakan alternatif sekiranya mereka menolak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Katanya GST merupakan satu sistem percukaian meringankan beban rakyat dan bukan seperti mana yang didakwa pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh dan juga Rompin.
Ahmad berkata sekiranya pelaksanaan GST itu ditolak, beliau ingin tahu apa alternatif yang boleh dikemukakan pembangkang dalam meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama dapat memajukan negara.
"Bantahan pembangkang terhadap GST itu tidak betul dan akan menyusahkan rakyat kerana pelaksanaan GST dapat mengurangkan cukai kepada 6% daripada 10% ketika SST," katanya kepada Bernama sebelum Program Penerangan Isu-isu Semasa di Bukit Mertajam, hari ini.
Katanya GST merupakan satu sistem percukaian lebih kemas, tersusun dan juga baik jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan sebelum ini.
"Barisan Nasional akan meneruskan penerangan dan penjelasan pelaksanaan GST supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.
Ahmad berkata beliau yakin akan dapat membuktikan GST adalah jauh lebih baik daripada SST.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau mengadakan perjumpaan dengan penceramah bagi kempen PRK untuk menerangkan lebih terperinci tentang GST supaya mereka dapat menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh PRK Parlimen Rompin, manakala 7 Mei bagi Permatang Pauh.
Kerusi Parlimen Rompin kosong apabila penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Sementara, kerusi Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota keluarganya.

No comments: