» » NGO antirasuah M'sia gesa 1MDB disiasat segera


NGO antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa siasatan dilakukan terhadap firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gesaan ini dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa membuat audit terbuka, sementara anggota badan itu mahu pendengaran awam dibuat.

TI-M berkata pasukan petugas khas harus dibentuk susulan dakwaan terdapat RM2.5 bilion (AS$700 juta) wang 1MDB disalur kepada syarikat yang dikaitkan dengan jutawan kontroversi Jho Low.

"Kewangan 1MDB adalah isu besar yang melibatkan kepentingan awam dan kepentingan negara kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

"(1MDB juga mempunyai) potensi memberi kesan buruk terhadap sistem perbankan dan ekonomi negara," kata TI-M dalam kenyataanya hari ini.

TI-M menambah, pasukan itu perlu merangkumi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial polis, Pejabat Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka juga menyarankan agar firma audit Ernst & Young dan KPMG membantu siasatan kerana kedua-dua syarikat itu sebelum ini bertindak sebagai juruaudit luar 1MDB.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tahun lepas melibat tiada sebab untuk mengaudit 1MDB kerana ia telah diaudit oleh syarikat besar.

Ambrin dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Shukri Abdull tidak memberi respons terhadap soalanMalaysiakini berhubung audit dan siasatan terhadap dakwaan terkini itu.

PetroSaudi International menjelaskan yang semua dana daripada 1MDB pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

1MDB mempertahankan usahama itu dan menjelaskan menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (AS$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .