Laman pemberi maklumat itu melaporkan, bukti menunjukkan wujud "amalan yang tidak boleh diterima dan tidak beretika", termasuk bersubahat secara aktif mengubah tarikh dokumen yang disebut dalam laporan audit, dan campur tangan bagi mengubah secara retrospektif perjanjian yang ditandatangani 1MDB sebelum ini.
Katanya, penipuan itu berkitar pada tarikh 31 Mac, 2010, iaitu hari terakhir tempoh perakaunan dan hari apabila audit KPMG secara mutlak menyatakan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings ditukar kepada kemudahan pinjaman Murabaha.
Menurut laporan tahunan itu, 1MDB memasuki perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi Holdings pada 28 September 2009, dan pada 31 Mac, 2010, ia memeterai satu perjanjian surat jualan saham (SSA) bagi melupuskan pelaburannya dalam entiti yang dikawal bersama itu untuk satu pertimbangan bernilai lebih RM4.1 bilion.
"Dengan cara ini, juruaudit boleh memberi tumpuan dalam laporan itu semata-mata kepada butiran mengenai perjanjian pinjaman Murabaha, yang sepatutnya merupakan rancangan yang relevan ketika tamat tempoh kewangan itu, tanpa memberi sebarang butiran mengenai perjanjian usaha sama sebelumnya.
"Oleh itu, fakta yang AS$700 juta (RM2.5 bilion) wang pembayar cukai disalurkan keluar daripada dana itu, hanya dibuat bagi menampakkan keadaan yang baik," kata Sarawak Report di laman webnya semalam .
No comments: