» » Mahu terma audit 1MDB dibentang di Parlimen dan tiada helah dibuat


PKR hari ini menggesa skop dan terma audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentangkan di Parlimen susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu syarikat itu diaudit Ketua Audit Negara semalam.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata ia boleh menentukan sejauh mana arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu berkesan merungkai penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam 1MDB.

Beliau juga melahirkan kebimbangan yang arahan dibuat susulan mesyuarat Kabinet semalam, terhadap 1MDB yang sarat dibebani hutang, hanya satu helah bagi mengaburi mata orang ramai.

"Saya tidak yakin audit itu diarahkan dengan objektif memastikan segala urusan 1MDB didedahkan kepada orang awam mengikut prinsip tata kelola dan ketelusan.

"Malah, saya bimbang audit itu hanyalah satu helah mengheret ketua audit negara mengiakan operasi 1MDB tidak membawa risiko kewangan kepada negara.

"Ini seperti mana suatu ketika dulu apabila ketua audit negara pernah dilibatkan untuk membersihkan nama NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan)," katanya.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi berkata skop dan terma 1MDB perlu dibentangkan di Parlimen akan datang supaya ia benar-benar menyeluruh dan bermatlamatkan ketelusan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, audit tersebut mesti mempunyai objektif tertentu termasuk bagi mengenal pasti ke mana dana dilaburkan, jumlah yang dibelanjakan dan penerima akhir (final beneficiaries) setiap satu sen dana yang digunakan 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .