» » Lans koperal polis yang diculik di Sabah akhirnya dibebaskan


Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik kumpulan bersenjata di Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan hari ini, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di Sandakan yang turut dihadiri Zakiah, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.

"Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau berhasil.

"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah," katanya.

Musa berkata beliau pun menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memaklumkan perkembangan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .