Putrajaya mengakui menjadi "penjamin" kepada syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk pertama kalinya, kata Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli.
Ia susulan pengesahan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengakui kerajaan memberi RM950 juta kepada firma itu sebagai "standby credit".
Rafizi dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua mempersoalkan apakah kerajaan juga bertindak sama apabila tarikh akhir pembayaran pinjaman AS$1 bilion pada September ini.
"Pengesahan menteri tersebut amat penting kerana ini pertama kali terjadi dalam sejarah kerajaan mengakui menjadi penjamin 1MDB. Saya rasa ia akan mengheret skandal 1MDB ke peringkat lain," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
sumber
No comments: