» » 'Jom naik kapalterbang sebab tambang teksi dan bas naik'


Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

“Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.

“Sebagai salah sebuah syarikat GLC, KTMB tak patut bebankan rakyat dengan kenaikan kadar yang drastik. Dah lupa tanggungjawab untuk bantu rakyat?,” katanya di Twitter.

Kenaikan kadar itu turut mendapat perhatian blog pro-Umno, mykmu.net, yang mempersoalkan kewajaran untuk pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk mengumumkan kenaikan tambang itu.

“Apa motif Syed Hamid? Walaupun jika alasan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu bas dan teksi itu wajar, pengumuman itu tidak kena dengan masanya,” tulisan di laman tersebut dipetik.

Turut bimbang dengan kenaikan baru itu ialah bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Mula-mula SPAD umum tambang teksi dan bas naik.

“Sekejap tadi KTMB umum tambang keretapi naik. Lepas ini siapa pula? Jom naik jetlah,” katanya lagi.

Kenyataannya sinis itu juga merujuk kepada kritikan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pembelian satu pesawat baru untuk kegunaan orang kenamaan negara.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .