Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 billion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 billion pada akhir tahun sebelumnya.
Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.
Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.
sumber
No comments: