» » 'Dialog berkaitan 1MDB jadi penerangan satu hala sahaja'


'Dialog' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin Umno bahagian berhubung isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu negara pada Ahad akhirnya berlangsung sehala sahaja.

Seorang pemimpin akar umbi Umno yang hadir ke program itu memberitahu Malaysiakini, program di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu menjadi taklimat sebelah pihak kerana penerangan disampaikan diterima baik.

Walaupun begitu, kata sumber, jika selepas ini audit mendapati benar-benar berlaku penyelewengan seperti didakwa pembangkang dan pembocor maklumat, tindakan undang-undang perlu diambil.

“Siapa sahaja tidak terkecuali (daripada undang-undang),” katanya.

Pertemuan dihadiri kira-kira 160 ketua Umno itu walaupun pada mulanya dilihat bakal menjadi medan menuntut penjelasan, ia sebaliknya berakhir dengan senyuman.

Malah, secara tidak langsung dilihat cuba menggambarkan dukungan akar umbi parti Melayu itu kepada Najib yang diasak hebat dalam isu 1MDB oleh pembocor maklumat dan pembangkang.

Sementara itu, pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee juga menolak dakwaan bahawa pihak yang hadir tidak diberi peluang bertanya soalan.

“Bila MC umum ada apa soalan nak tanya, tak ada siapa yang tanya. Semua puas hati.

“Janganlah keluar kenyataan orang tak bagi peluang,” katanya yang dilihat dekat dengan penganjuran acara itu.

Pemimpin Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzil dikatakan bertindak sebagai pengacara majlis untuk program itu.

Manakala pemimpin Umno Pahang Datuk Seri Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani menjadi penyelaras untuk program di bangunan ikonik Umno itu.

“Tak ada isu. Orang yang tiada dalam itu mana tahu,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .