» » Untung sebelum cukai Media Prima susut kepada RM101.44 juta


Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM101.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014 susut daripada RM289.98 juta pada tahun lepas.

Perolehan juga turun kepada RM1.51 bilion berbanding RM1.72 bilion sebelum ini, disebabkan ketidakstabilan pasaran, sentimen pengguna yang lemah dan insiden membabitkan kapal terbang menyaksikan pengiklan lebih berhati-hati untuk menempatkan iklan dalam tempoh tersebut, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu melihat 2015 sebagai satu lagi tahun yang mencabar dengan prospek ekonomi domestik mengambilkira dari aspek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang dijangka rendah, harga minyak semasa yang rendah dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai April.

-"Dengan cabaran ini, kumpulan berusaha untuk meningkatkan perolehan bukan tradisional, selain mengukuhkan bahagian pasaran dalam hasil pengiklanan utama," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .