» » UMNO tidak marah pendedahan Shafee


Umno tidak marah dengan pendedahan butiran intim aksi liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disampaikan oleh ketua pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dalam siri jelajahnya.

"Kita tidak pernah marah, siapa yang kata kita marah?" kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengulas berita Malaysiakini semalam.

Portal ini melaporkan pandangan seorang pemimpin Umno, yang enggan dikenali, yang berpandangan siri jelajah peguam kanan itu boleh "memakan diri" susulan pendedahan perinci Shafee di Kelana Jaya minggu lepas.

Muhyiddin juga berkata siri penerangan itu sebahagian hak Shafee kerana beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.

"Itu hak beliau. Beliau diundang oleh beberapa organisasi. Beliau mahu menjelaskan (kes itu) kerana beliau berkelayakan," katanya di Putrajaya hari ini.

"Shafee seorang yang pandai, beliau lagi pakar daripada (kita) semua. Jika ada pihak yang mengundangnya, terpulanglah kepada beliau. Kenapa kami (Umno) perlu gusar."

Selasa lalu, di satu forum anjuran Pemuda UMNO , Shafee mendedahkan butiran sensasi, termasuk adegan mesra Anwar dengan pengadu kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahannya itu menyebabkan hadirin merah padam apabila Shafee menceritakan Anwar "mencubit puting dada Saiful".

Ucapannya di forum itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), pusat perkaderan pergerakan itu.

Berdasarkan keterangan tertutup (in camera) dalam perbicaraan di mahkamah, peguam itu juga mendedahkan Anwar bertanya kepada Saiful jika mereka boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.

Susulan itu, pembangkang mengecam pendedahan Shafee itu.

Beberapa sebelum itu, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Shafee menafikan kes tersebut ada kaitan dengan konspirasi politik pemimpin Umno.

Shafee juga diundang bercakap tentang isu tersebut dalam satu program di Permatang Pauh, kawasan parlimen Anwar, pada Sabtu lalu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .