» » 'Tong Kooi Ong diserang kerana pendedahan berkaitan 1MDB'


Pemilik The Edge Datuk Tong Kooi Ong diserang kerana media terbitan syarikatnya mengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad, salah seorang pengkritik tegar dana pelaburan utama negara itu.

"Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang. Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB," kata bekas perdana menteri itu mengulas dakwaan ahli perniagaan itu membuat taruhan ke atas ringgit bagi mengaut keuntungan peribadi.

Tong, yang memiliki The Edge Media Group, juga dituduh menggunakan media dalam kumpulannya memburukkan Malaysia dan mensabotaj ekonomi negara ini.

Beliau menafikan semua dakwaan melalui dua kenyataan dikeluarkan awal minggu ini.

Blogger tidak dikenali menggunakan nama "ahrily90" menulis beberapa artikel mengenai Tong di beberapa blog.

Terbaru, ia menuduh Tong "memanipulasi" Dr Mahathir dengan sengaja memberi liputan luas kepada bekas perdana menteri itu yang sebelum ini kritikal terhadap 1MDB dan hutangnya yang besar.

Dr Mahathir bercakap kepada media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, di mana beliau menandatangani sebuah plak sempena status FRIM yang diangkat taraf sebagai tapak warisan negara.

Mengenai dakwaan yang Tong mensabotaj ekonomi Malaysia melalui spekulasi mata wang, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum disahkan.

"Buat kajianlah, betulkah tidak betul. The Edge ini tegur banyak 1MDB, balasannya dialah yang (dituduh) menjatuhkan nilai mata wang.

"Dulu nilai mata wang jatuh pasal peniaga antarabangsa. Lepas itu, kita buat kajian betulkah dia ada hubungan baik dengan Soros," kata Dr Mahathir, merujuk kepada hartawan George Soros yang menyerang ringgit ketika krisis kewangan Asia 1997.

Blogger itu juga menulis rencana kritikal terhadap Dr Mahathir dan anak-anaknya, juga pengurus bank Datuk Seri Nazir Razak yang merupakan adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu persamaan di belakang semua serangan itu ialah The Edge membuat pendedahan mengenai 1MDB sementara Dr Mahathir secara terbuka mengkritiknya, mengatakan ia tidak perlu dan harus ditutup.

Najib ialah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan syarikat itu dimiliki Kementerian Kewangan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .