» » Remaja Kelantan ramai terlibat dengan dadah


Polis menahan 70 remaja termasuk 16 pelajar kerana terbabit dengan pengedaran dadah terutama pil kuda di Kelantan dalam tempoh kira-kira dua bulan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua suspek yang ditahan dari Januari sehingga semalam berumur di bawah 18 tahun.

"Penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat itu dipercayai akibat terpengaruh dengan sogokan lumayan yang ditawarkan sindiket.

"Mereka (sindiket) menggunakan aplikasi laman sosial seperti Facebook dengan menawarkan ganjaran lumayan seperti wang yang banyak, motosikal, kereta mewah dan wanita cantik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Saya Benci Dadah peringkat belia sekolah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata kebanyakan pelajar yang mudah terpengaruh dengan janji sindiket terdiri daripada pelajar yang kematian bapa, miskin serta mempunyai latar belakang agama yang lemah.

Mazlan berkata sindiket dipercayai didalangi bekas pelajar sekolah yang menjadi orang tengah kepada sindiket yang lebih besar.

Beliau berkata sebelum ini terdapat kes membabitkan remaja berusia 19 tahun yang ditahan di Pasir Mas kerana memiliki heroin dan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .