» » Minta menteri kabinet M'sia dedahkan ke mana mereka hantar anak untuk belajar


Kenyataan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan negara maju mengundang sinis banyak pihak.

Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata beliau “teringin mahu percaya” perkara itu benar-benar berlaku walaupun “seluruh warga Internet menyambut kenyataannya dengan gelak ketawa”.

“Saya mahu percaya bahawa Idris Jusoh tidak sekadar syok sendiri, atau syok bersama rakan-rakan jemaah menteri.

“Saya teringin mahu merasa bangga dengan taraf pendidikan tinggi negara; sekiranya apa yang dikatakan Idris adalah benar, tiada yang benar selain yang benar belaka,” sindirnya.

Idris semalam dilaporkan berkata kualiti pendidikan tinggi Malaysia kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia.

Katanya, ini dibuktikan dengan terdapat lebih 135,000 pelajar asing (10 peratus) mengikuti pengajian di universiti tempatan, lapor Bernama.

Idris: Pembangkang fitnah

Beliau juga berkata Malaysia kini menduduki tempat ke-9 daripada 30,000 universiti di seluruh dunia yang menjadi tarikan pelajar asing terutamanya dalam bidang Sains Persekitaran, Kejuruteraan, Pertanian dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Idris berkata Universiti Malaya (UM) berada pada kedudukan 151 (meningkat daripada 167) dalam senarai 400 institusi teratas di dunia dalam kajian universiti berprestij QS World Ranking 2014.

Empat lagi institusi pengajian tinggi Malaysia juga meningkat kedudukannya, masing-masing antara 250 hingga 276.

Idiris meminta orang ramai tidak terkeliru “fitnah” pemimpin pembangkang bahawa sistem pendidikan negara masih mundur.

Dalam kenyataan hari ini, Lim menggesa Idiris mengemukakan penilaian institusi antarabangsa bagi menyokong kenyataannya semalam.

“ Kedua, saya minta kesemua 35 menteri Kabinet mendedahkan di mana anak-anak mereka melanjutkan pelajaran tinggi. Ke universiti awam tempatan, atau universiti asing?

“Sebaliknya jika gagal mengemukakan dua bukti ini, Idris Jusoh tidak mempunyai pilihan kecuali meminta maaf serta menarik balik kenyataannya itu,” katanya lagi.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .