» » Kucing 'zombie' tak akan dipulangkan pada tuannya


Bart , kucing 'zombie' yang dilapor mati hidup semula sebelum ini, tidak akan dikembalikan ke rumah tuannya Ellis Hutson.

Ini ekoran "maklumat baru" diperoleh persatuan perlindungan haiwan The Humane Society of Tampa Bay, Florida, Amerika Syarikat, lapor The Independent.

"Baru-baru ini kami difahamkan maklumat baru mengenai persekitaran rumah Bart dan suasana yang mendorong kepada pengebumiannya," kata kenyataan itu dipetik seperti dilapor laman itu.

"Kami bersedia untuk mempertahankan kepentingan kucing ini."

Bagaimanapun portal itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut "maklumat baru" yang dimaksudkan.

Sebelum ini kucing bewarna putih dan hitam itu ditemui dilapor kembali kepada tuannya selepas lima hari dikebumikan selepas dilanggar kereta.

Jirannya dilapor menemui Bart sebelum menyerahnya kepada Hutson, yang tidak percaya kebangkitan semula kucingnya itu.

Bart kemudiannya dihantar ke klinik veterinar untuk merawat rahang dan matanya yang tercedera akibat insiden itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .