» » 'Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib Razak amalan demokrasi biasa'


Datuk Saifuddin Abdullah menganggap kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu amalan demokrasi, di mana sesiapa sahaja boleh menyampaikan pendapat atau pandangan mereka.

"Ini amalan yang selalu berlaku di Amerika Syarikat. Jadi saya yakin dalam konteks ini, ada kaedah lain yang lebih sesuai dan lebih manis.

"Cuma dalam konteks tertentu, ada masanya kaedah-kaedah yang perlu dilakukan. Misalnya, kalau di Amerika Syarikat, presiden yang tidak lagi menjadi presiden, dia tidak lagi mengkritik presiden semasa secara terbuka.

"Saya tidak kata tidak boleh langsung. Tetapi dalam hal tertentu, saya fikir ada kaedah yang lebih baik," katanya.

Katanya, semua orang berhak berbicara, tetapi lazimnya bekas pemimpin ada kaedah tersendiri menegur atau mengkritik pemimpin semasa.

Bercakap pada satu forum di Shah Alam bertajuk 'Masyarakat Majmuk dan Demokrasi di Malaysia,' Saifuddin turut menegaskan perbicaraan mengenai hubungan kaum di Malaysia seharusnya menuju ke peringkat yang lebih positif.

Katanya, keadaan masa kini tidak sama seperti dahulu, dan isu seperti 13 Mei tidak lagi praktikal untuk dijadikan sebahagian hujah apabila bercakap tentang soal kaum dan etnik di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat, politik di Malaysia hari ini banyak berdasarkan jalur perkauman dan ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Beliau juga kesal kerana kepimpinan negara dakwanya tidak menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik yang diperlukan rakyat.

"Pemimpin negara kita perlu menunjukkan kepimpinan. Dan kita sedih, kadang-kadang bunyi pak menteri pun macam 'cybertrooper,' tidak banyak bezanya.

"Kadang-kadang, pemimpin tertinggi pun bunyi macam badan bukan kerajaan (NGO) yang ekstrem. Kita risau kalau perkara ini berlarutan, ke mana hala tuju negara kita?" soalnya sambil menambah NGO juga mempunyai hak untuk bersuara dan diterima pandangan mereka dalam realiti demokrasi.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .