» » 'Kami tak lindungi polis didakwa rogol siswi'


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan melindungi dua anggota polis yang didakwa memeras ugut dan merogol seorang pelajar kolej.

Khalid juga dengan tegas memberitahu, pihak polis akan mengumpul semua bukti berkaitan dan akan berbincang dengan Peguam Negara bagi membuat pertuduhan.

Selain itu, katanya lagi, beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya pegawai polis tersebut ditahan kerja serta siasatan secara mendalam diteruskan.

"Kita tak akan lindungi mereka. Kita akan kumpul bukti dan bila siap, kita akan bincang dengan Peguam Negara dengan tujuan untuk membuat pertuduhan.

"Saya juga telah arahkan tindakan tahan kerja dibuat dan siasatan dalam terus dibuat," katanya pada sidang media di Maktab PDRM di Cheras pagi ini.

Sebelum ini, dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej yang berusia 19 tahun.

Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu lalu dan mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .