» » 'Harga barang perlu relevan dan tidak bebankan rakyat M'sia'


Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan persatuan pengguna, pemborong, pembekal dan peniaga bagi mencapai kata sepakat berkenaan harga barang yang relevan dengan ekonomi semasa.

Penganalisis eknonomi, Datuk Prof Mohd Yusof Kasim berkata perbincangan itu perlu meliputi kos pengeluaran, kos bahan mentah, tenaga dan pengangkutan, supaya harga barangan relevan untuk harga pasaran dan tidak membebankan pengguna.

"Jika selepas perbincangan, tetapi masih ada yang ingkar (harga masih tinggi), maka pengguna boleh mengambil tindakan sewajarnya secara berkumpulan supaya pengeluar terbabit boleh dikenakan tindakan," katanya.

Yusof yang juga rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berkata berikutan penurunan harga minyak dan keadaan ekonomi semasa ketika ini, para pembekal dan pemborong yang menurunkan harga barangan mereka pasti akan dapat meningkatkan lagi jualan mereka.

"Masa inilah pemborong dan pembekal barangan boleh bersaing bagi menarik pembeli membeli barangan mereka dengan tawaran harga yang lebih murah," katanya.

Sementara itu, setiausaha agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Paul Selvaraj berkata, penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 perlu bagi membanteras keengganan peniaga menurunkan harga barang.

"Peruntukan akta untuk kawalan harga memang sudah ada, namun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus menguatkuasakan semula supaya pembekal dan peniaga dapat ikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Jika tidak ikut akta tersebut, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan kementerian," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui, menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan menjadi viral di laman sosial.

Seorang pengguna dari Keramat, di Kuala Lumpur, Muhammad Saifuddin Harizon, 27, berkata rakyat sebenarnya mempunyai hak dan kuasa untuk menurunkan harga barang apabila bertindak memboikot.

Beliau berkata pengguna perlu bijak dan peka terhadap harga barang dengan membuat perbandingan harga.

Nurezwana Jamain, 24, dari Sungai Buloh, Selangor pula menyuarakan rasa kesal kerana penurunan harga minyak tidak memberi kesan kepada penurunan harga barang.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .