» » 'Cari mekanisme turun harga barang di M'sia'


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai mekasnisme tertentu bagi memastikan peniaga turut menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol dan diesel ketika ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kementerian itu boleh mengadakan perbincangan bersama peniaga bagi menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel itu.

"Peniaga Bumiputera seharusnya menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan untuk itu mereka sepatutnya turut melakukan perkara yang sama terhadap pengguna, bukannya terus mengaut keuntungan yang berlebihan,"katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, beliau menyarankan supaya Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 sekiranya peniaga tetap tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.

Berkuat kuasa hari ini, harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .