Pentadbiran sekolah diberi amaran supaya tidak mengenakan peraturan yang tidak selari dengan arahan Kementerian Pendidikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri pendidikan itu berkata, tiada arahan pernah dikeluarkan kepada mana-mana pihak pentadbiran untuk menyekat atau menghalang pelajar sekolah memakai baju kurung.
"Sekolah jangan kenakan peraturan yang tidak disuruh atau peraturan yang boleh menimbulkan masalah lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahli Parlimen Pagoh itu mengulas laporan kejadian seorang pelajar bukan Islam dihalang pihak sekolah memakai baju kurung di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, semalam.
sumber
No comments: