Veteran Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin bebas mengeluarkan pandangan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun kerajaan berhak membuat keputusan mereka sendiri, kata bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.
Syed Hamid berkata, Putrajaya juga tidak pernah melarang mana-mana individu bersuara untuk memberikan sebarang pendapat berhubung pentadbiran negara.
"Saya tidak lagi dalam politik, tetapi saya rasa kerajaan responsif terhadap semua pendapat, tetapi kerajaan jadi kerajaan, ada yang mereka kena ikut dan ada yang mereka buat keputusan sendiri.
"Mereka berhak bagi pandangan, tetapi ketika saya sebagai menteri dahulu, saya dengar banyak pandangan, tapi saya perlu terus jalankan kerja saya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, meskipun terdapat banyak pandangan daripada pelbagai pihak, Putrajaya katanya berhak membuat keputusan sendiri.
"Kerajaan tidak kata suruh diamkan diri, kita nak kena jaga keselamatan negara, rakyat berbilang kaum. Dr Mahathir dan Daim, mereka berhak keluarkan pandangan mereka, tapi bagi pihak kerajaan, kerajaan berhak buat keputusan mereka," katanya.
sumber
No comments: