Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan strategi utama dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara.
Berikut adalah intipati utama ucapannya di Putrajaya hari ini:
- Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global
- Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.
- Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.
- Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.
- Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.
- Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.
- Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.
- Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.
- Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.
- Kerajaan perlu pastikan akaun semasa dalam imbangan pembayaran sentiasa kekal dalam lebihan.
- Kerajaan teruskan langkah-langkah reformasi fiskal dan menyepadukan (consolidate) ekonomi.
- Kerajaan pastikan aktiviti ekonomi terus dipelbagaikan supaya negara mampu hadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.
- Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit akan alami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.
- Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan (financial intermediation) dengan aktiviti pinjaman kekal lancar.
- Aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaian kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.
sumber
No comments: