Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda jika pihak tertentu cenderung mempersoalkan kandungan undang-undang tertinggi negara itu, kata Tun Abdul Hamid Mohamad.
Bekas ketua hakim negara itu berkata, kaum Melayu tidak pernah mempersoalkan apa yang dikecapi kaum lain maka sewajarnya hak keistimewaan Melayu juga tidak wajar dipersoalkan.
"Kedudukan agama Islam dalam Perkara 3, undang-undang syariah dalam Jadual 9. Mengapa yang itu dipersoalkan? Kalau nak dipinda, pinda semua.
"Mengapa pinda hak orang untuk diambil tetapi hak sendiri tak nak dipinda. Kalau nak pinda, pinda semua," katanya ketika berucap di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
No comments: