» » 'Mejar Zaid diadili dalam mahkamah tentera atau Mahkamah Kangaroo?'


Peguam yang mewakili bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad mempersoalkan sama ada mahkamah yang membicarakan kes itu sebuah Mahkamah Tentera atau Mahkamah Kangaroo?

Mohamed Hanipa Maidin yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, mahkamah yang membicarakan kes Mejar Zaidi sewajarnya mengisytiharkan perbicaraan kes itu sebagai mistrial.

“Mistrial ialah apabila salah satu pembelaan pihak tertuduh jika mahkamah tidak lagi mampu mengendalikan perbicaraan secara adil dan mengikut lunas-lunas keadilan.

“Apa yang berlaku? Mahkamah Tentera tidak membenarkan saya membuat penggulungan hujah mengenai mistrial meskipun saya sudah menyediakan hujah dan nas-nas bagi menyokong hujah saya.

“Apabila berhujah tentang mistrial juga tidak dibenarkan, saya pun menyatakan sayonara kepada mahkamah dan terpulanglah kepada mahkamah untuk buat apa sahaja yang mereka ingin putuskan,” katannya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidi, 45, semalam diberhentikan daripada TUDM selepas 26 tahun berkhidmat kerana melanggar dua perintah tetap; memberi kenyataan media tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan dan membocorkan maklumat rahsia tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Hanipa berkata, kecelaruan timbul dalam kes Zaidi apabila Yang Dipertua Mahkamah Tentera mempengerusikan panel hakim memberikan komen kes tersebut di sebuah portal.

Katanya, jelas wujud elemen berat sebelah menjejaskan perbicaraan yang adil ke atas Mejar Zaidi dengan komen berkenaan.

“Saya memaklumkan kepada mahkamah bagaimana anak guam saya boleh meyakinkan mahkamah membicarakan kes itu akan berlaku adil jika anggota mahkamah sendiri terlibat memberi komen ke atas anak guam saya ketika kes masih berjalan,” katanya.

Beliau berkata pihak pembelaan pernah meminta Tuan Yang Dipertua dipanggil sebagai saksi kerana pembelaan bagi kes ini adalah ketidakwujudan perbicaraan yang adil.

Katanya, peguam Zaidi berhak menyoal pihak yang terlibat dalam membuat komen di portal berkenaan sebagai saksi namun ditolak mahkamah.

“Mahkamah berkeras meminta saya memanggil saksi. Saya mengatakan kami tidak ada saksi lain kecuali Tuan Yang Dipertua mahkamah.

“Saya juga memaklumkan kepada mahkamah bagaimana seorang tertuduh seperti Zaidi boleh meneruskan perbicaraan di hadapan panel hakim yang diragui integriti mereka dengan wujudnya komen yang dibuat oleh anggota panel hakim semasa kes masih dalam proses perbicaraan.

“Sehingga sekarang mahkamah tidak dapat menjawab soalan saya itu kecuali menyatakan ‘kami terpaksa teruskan’,” katanya.

Zaidi semalam tetap tenang, tersenyum dan keluar dari mahkamah tentera tanpa rasa sesal meskipun menerima hukuman diberhentikan tentera kerana melanggar protokol membuat kenyataan awam.

“Ini takdir Tuhan. Saya terima. Tidak ada apa yang hendak ditakutkan dan saya tidak akan buat rayuan,” katanya.

Ketika ditanya apa yang akan dilakukan selepas ini, beliau berseloroh dan berkata, ”Balik kampung potong getah,” merujuk kepada komen yang dibuat terhadap satu artikel online mengenai kesnya itu oleh ketua panel di mahkamah tentera.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .