» » Kawan lama Rafizi pula dilantik jadi CEO 1MDB


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi pengkritik paling lantang terhadap badan pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dan kini, seorang kenalannya Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.

Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi berkata beliau tidak akan “menahan serangan” untuk meneliti lebih mendalam isu berbangkit berkaitan 1MDB.

“Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat tentang 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan,” katanyanya sambil ketawa.

Rafizi berkata beliau dan Arul Kanda, 39, sama menyambung pelajaran ke United Kingdom pada masa yang sama sebelum ini.

Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB Datuk Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, 38, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Arul Kanda berkata keutamaannya ialah untuk melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian kewangan itu.

Beliau menyertai dari Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pelaburan perbankan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .