» » 'Harga kereta akan turun 20% di Malaysia pada 2017'


Kerajaan yakin sasaran penurunan harga kereta sebanyak 20% pada akhir 2017 boleh dicapai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata purata harga semua model dan varian kereta di negara ini telah turun sebanyak 12% sejak 2013.

"Pada 2013, purata harga kereta berkurangan sebanyak lima peratus, dan tahun lepas, ia terus turun sebanyak tujuh peratus, memberi manfaat kepada 72.5% pembeli," katanya pada sidang akhbar semasa taklimat perkembangan terkini Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata perbandingan itu ialah antara harga atas jalan yang baharu dan sebelumnya.

Mengenai NAP, beliau mengulangi bahawa objektif utama dasar tersebut adalah untuk mengubah Malaysia menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV) Asean menjelang 2020.

"Objektif lain adalah membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan dan teknologi berkaitan seperti kecekapan bahan api, bahan material ringan, telematik, perkakasan dan reka bentuk komponen," katanya.

Menyebut contoh penurunan harga kereta, beliau berkata Perodua mengurangkan harga Myvi sebanyak 11%, Proton sebanyak 13% bagi Proton Saga, dan Honda sebanyak 17% bagi "Jazz".


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .