Seorang pegawai tentera laut Indonesia berkata sesetengah mayat penumpang masih terikat dengan tali pinggang di tempat duduk, lapor Associated Press.
Daripada sejumlah 30 mayat yang telah ditemui, 21 ditemui hari ini, kebanyakannya oleh kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, kata para pegawai.
Yayan Sofiyan, komander kapal perang Bung Tomo, memberitahuMetroTV, lima mayat yang ditemui anak kapal itu, masih terikat dengan tali pinggang di kerusi mereka.
Ketua mencari dan menyelamat Indonesia Henry Bambang Soelistyo sebelum ini berkata beliau hanya tahu dua mangsa ditemui di tempat duduk mereka, tetapi berkata sejumlah 30 mayat telah dijumpai.
Agensi berita dpa melaporkan sebuah kapal tentera laut Indonesia berjaya mengesan ekor pesawat AirAsia yang terhempas di dasar laut.
"Kami berjaya mengesan ekor pesawat menggunakan sonar imbasan sisi," kata Kolonel Yayan Soyan dalam Metro TV.
Menurutnya, objek itu berada di dasar laut pada kedalaman 29 meter.
Pesawat Korea Selatan P3-C Orion KN-01 mengesan enam mayat, termasuk tiga penumpang yang duduk di barisan yang sama dalam pesawat malang itu.
"Selepas mencari selama dua jam, mereka ternampak tiga mayat duduk di barisan yang sama," demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh unit komunikasi tentera Indonesia, lapor detik.com.
Pesawat Korea Selatan itu bagaimanapun, buat masa ini telah pulang ke pangkalan.
sumber




No comments: