Tun Daim Zainuddin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.
"Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka," kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Daim juga berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap kemampuan SPRM untuk menjalankan siasatan tersebut.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
Daim dipetik oleh laporan berita sebagai berkata beliau telah disiasat dua kali sejak 1999 berhubung perkara itu, dan tiada apa yang tidak kena dalam siasatan itu.
sumber
No comments: