» » Adakah harga minyak di M'sia akan dinaikkan berikutan langkah terbaru kerajaan menanganinya ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak esok akan mengumumkan langkah-langkah baru untuk menangani trend kejatuhan harga minyak dunia.

Harga minyak jatuh hampir separuh harga untuk beberapa bulan terakhir ini.

Walaupun meringankan beban pengguna tetapi ia juga menjejaskan pendapatan negara yang bergantung kuat kepada hasil petroleum.

“Esok saya akan umum campur tangan dan perubahan untuk menangani senario ini.

Kita perlu lebih proaktif,” kata Najib dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pentadbirannya kini dikritik kerana lambat bertindak balas terhadap trend itu, lebih-lebih lagi apabila Belanjawan 2015 dirangka berdasarkan anggaran harga minyak lebih tinggi.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .