» » Wanita DAP ajak pemimpin PAS berdebat tentang rasuah di Malaysia


Setiausaha DAP Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata, beliau sedia berbincang dengan PAS mengenai sebab kenapa membanteras rasuah lebih penting berbanding memaksa pelaksanaan hudud di Malaysia.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia beragama Islam, saya sesungguhnya percaya keutamaan kita seharusnya diletakkan kepada usaha membanteras rasuah dalam negara, lagipun rasuah merupakan akar segala kejahatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

"Oleh yang demikian, saya ingin melontarkan cabaran ini kembali kepada Zaharudin, biar sahaja kita berdua berdebat tentang hal ini.

"Kita sewajarnya berbincang tentang hal ini berasaskan fakta dan bukan emosi mentah mahupun sebarang bentuk ancaman, supaya seluruh Malaysia dapat memahami betapa seriusnya isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera itu menyifatkan cabaran dialog mengenai hudud yang dibuat Zaharudin terhadap Lim itu "sesuatu yang agak pelik."

"Nampaknya Zaharudin, yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai hudud," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .