» » 'UMNO beri harapan palsu kepada orang Melayu,'


Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan mendakwa, Umno yang memberikan harapan palsu kepada Melayu selama ini.

Dyana, setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Umno selama ini berlagak sebagai pembela dan pembawa obor perjuangan Melayu sejak 50 tahun lalu.

"Ketika Umno mendakwa keberlangsungan Melayu terletak pada parti itu, sebenarnya Umno yang tidak akan berjaya tanpa Melayu," katanya.

Dyana berkata Umno memberi harapan palsu apabila anak muda juga tidak diberi peluang menceburi politik pada usia muda.

“DAP konsisten mengiktiraf bakat muda dan memberikan mereka peluang menceburi politik arus perdana.

“Sebagai contoh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching pertama kali bertanding pilihan raya umum [ada 2008 ketika berusia 27 tahun. Ketika ini, dua ahli Parlimen termuda adalah daripada DAP iaitu Steven Sim dan Zairil Khir Johari yang kedua-duanya berusia 32 tahun,” katanya.

Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan itu berkata sebaliknya Umno sendiri yang perlu bertanya mengapa parti Melayu itu tidak berjaya dalam usaha meremajakan parti.

Katanya, Kabinet pertama di bawah Tunku Abdul Rahman mempunyai beberapa menteri yang berusia bawah 35 tahun namun ia tidak dapat diteruskan kerana pemimpin parti itu tidak mahu melepaskan kuasa.

“Saya tidak memahami harapan palsu yang dikatakan Khairy. DAP memberi peluang sebenar kepada bakat muda yang berkebolehan dan layak. Maka, kenyataan harapan palsu itu adalah pengiktirafan sebenar parti tersebut.

“Adakah Umno memberi peluang kepada mereka yang berusia di bawah 35 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya umum lalu?

“Dengan lebih 300,000 ahli Puteri Umno yang lebih hebat daripada saya, berapa ramai yang diberi peluang untuk bertanding?” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .