» » 'Siapa layak ganti Najib?'


PAS hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pihak yang didakwanya layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Mahathir, bekas perdana menteri, harus bertindak demikian supaya dapat dibahaskan masyarakat umum.

“Namun Tun seharusnya menamakan siapakah calon calon tersebut untuk dilihat oleh rakyat sama ada calon tersebut memenuhi kriteria dan kelayakan yang cukup.

“Biarlah ia menjadi perbahasan dan perdebatan umum sebelum Umno dan BN memuktamadkan pengganti Najib,” katanya.

Menjawab soalan, Mahathir dalam wawancara denganSinar Harian yang disiarkan hari ini berkata ramai yang layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi “Umno tak bagi masuk”.

Beliau juga membangkitkan langkah cantas mencantas dalam parti Melayu itu demi kepentingan diri.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata, jika calon itu lebih daripada satu, perbahasan boleh dibuat bagi mengetahui visi dan hala tuju yang dibawa mereka.

Beliau malah mencadangkan Mahathir menjadi pemudah cara untuk perbahasan itu.

Sementara itu, Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai keberanian kerana ia dianggap “penegasan terhadap partinya sendiri yang pernah diterajuinya selama 20 tahun lebih”.

“Ini adalah satu keberanian yang hanya semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai halatuju dan berada pada landasan yang betul,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .