» » 'Saya akan dedahkan fakta sebenar 1MDB kepada polis'


Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata beliau akan mendedahkan kepada pihak polis fakta berhubung isu ketelusan pengurusan kewangan syarikat pelaburan 1MDB jika diminta berbuat demikian.

"Tidak ada orang yang mendedahkan fakta secara terbuka. Fakta didedahkan apabila memberi kenyataan kepada pihak polis.

"Saya tidak akan dedahkan kepada umum. Saya akan menyerahkannya kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mengulas maklum balas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam yang menyatakan bahawa kenyataan Khairuddin berhubung isu syarikat pelaburan itu lemah, tidak disokong dengan fakta untuk membuktikan dakwaannya adalah betul.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .