Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tujuh yang lain berjaya membatalkan saman RM2 juta yang difailkan balu P. Balasubramaniam terhadap mereka.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamad Hashim berkata, A Santamil Selvi tidak mempunyai keupayaan memfailkan tindakan bagi pihak harta pusaka mendiang suaminya.
"Tidak ada keadaan khas untuk membenarkan merit guaman itu untuk didengar kerana dia tidak mempunyai locus standi," kata Hasnah hari ini membenarkan permohonan sembilan individu berkenaan untuk membuang kes itu.




No comments: