» » Penyelam cari rangka QZ8501


Kapal-kapal dan juruselam akan mencari rangka dan kotak hitam pesawat AirAsia hari ini selepas anggota penyelamat Indonesia menemui beberapa mayat dan serpihan terapung di perairan cetek di luar pantai Borneo.

Pakar penerbangan percaya rangka pesawat itu mungkin mudah ditemui kerana ia dipercayai pecah apabila terhempas ke atas air.

Neil Hansford, bekas juruterbang dan pengerusi firma perundingan Strategic Aviation Solutions, berkata keadaan serpihan itu menunjukkan ia mungkin pecah ketika terhempas ke air dan bukannya meletup di udara.

Pesawat AirAsia QZ8501 terputus hubungan dengan kawalan trafik udara awal pada hari Ahad semasa cuaca buruk dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Airbus A320-200 itu membawa 162 orang, kebanyakannya rakyat Indonesia. Tiada mangsa ditemui selamat.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata keutamaan beliau ialah mengeluarkan mayat dari dasar Selat Karimata di Laut Jawa, di mana penyelamat menemui pintu pesawat dan serpihan lain semalam, supaya mangsa yang terkorban dapat dikenal pasti.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .