Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan keputusan Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatankuasa bebas menyiasat isu mendapan dan takungan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tetapi tidak menyahut seruan Ketua Audit Negara untuk mengaudit kos RM4 bilion lapangan terbang tambang murah itu.
Anggota PAC Tony Pua berkata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memilih untuk mengabaikan saranan jawatankuasa itu dengan mengumumkan penubuhan panel bebas yang akan mengecilkan skop siasatan kepada apron dan landasan lapangan terbang.
“Jelas jawatankuasa audit bebas tidak akan diberi ruang untuk mencari kesalahan dan mengenal pasti dalang di sebalik skandal berkenaan.
“Adakah menteri pengangkutan cuba melindungi salah urus reka bentuk, penganugerahan dan pembinaan klia2?
“Adakah Liow tidak berminat menghukum mereka yang di balik keputusan itu menyebabkan keuntungan MAHB jatuh mengejut 98% dalam suku kewangan terbaru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
sumber
No comments: