» » 'Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi jika isu 1MDB tidak diselesaikan'


Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi.

"Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.

"Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan negara.

"Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .