» » Kaji peruntukan yang langgar Akta OKU


Kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme perundangan bagi mereka yang tidak mematuhi Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008.

Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata walaupun kerajaan telah menguatkuasakan akta itu, dan melancarkan Strategi Incheon 2013-2022: Dekad Baharu untuk OKU di Malaysia, Julai tahun lepas, tetapi tiada peruntukan dimasukkan berhubung dengan kegagalan mematuhi Akta 2008.

"Di Malaysia, OKU terus dinafikan hak mereka, antara lain, dimasukkan dalam sistem pendidikan umum dan diambil bekerja dalam sektor swasta dan awam," katanya kenyataan sempena Hari Antarabangsa OKU yang akan disambut di seluruh dunia semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa kerajaan selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak OKU, telah melaksanakan Dasar Kebangsaan dan Pelan Tindakan ke atas mereka, yang memberi panduan untuk rakan-rakan dan pemegang berkepentingan dalam usaha untuk membawa OKU ke dalam arus perdana, serta Majlis Kebangsaan bagi OKU yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk memantau pelaksanaan dasar dan program-program berkaitan OKU.

Dr Khaw berkata terdapat keperluan untuk komitmen tegas dan usaha yang berterusan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan mengatasi halangan yang terus mendiskriminasi orang kurang upaya.

"Kami ingin menyatakan bahawa kesamaan dan tidak mendiskriminasikan orang kurang upaya harus dimasukkan dalam semua dasar dan rangka kerja kebangsaan termasuk Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan," katanya.

Beliau berkata terdapat juga keperluan untuk menetapkan tempoh masa untuk memperuntukkan amalan yang mencukupi untuk mencapai pengiktirafan yang lebih tinggi terhadap hak asasi manusia orang kurang upaya termasuk peka kepada usaha ke arah mematuhi Konvensyen mengenai Hak OKU dan protokol pilihan.

"SUHAKAM juga menggesa kerajaan menarik balik penangguhan bagi mematuhi konvensyen itu dan meratifikasikan Protokol Pilihan," kata beliau.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .