» » 'Harga minyak semasa memihak kepada ekonomi Malaysia'


Paras harga minyak semasa memihak kepada ekonomi negara kerana ia menurunkan kos bagi perniagaan dan pengguna selain mengurangkan inflasi, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz .

Beliau berkata pengguna akan mempunyai lebih banyak dana untuk perbelanjaan lain dan meningkatkan permintaan penggunaan terhadap barangan lain yang dapat memacu pertumbuhan.

"Dengan itu, kita dan rantau ini berupaya kekal di landasan pertumbuhan mampan," katanya dalam ceramah khas mengenai Komuniti Ekonomi Asean dan Globalisasi yang dianjur oleh Kelab Perniagaan Asean, di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Zeti berkata jika harga minyak jatuh kepada paras ambang tertentu, pendapatan kerajaan dan perbelanjaan pembangunan akan terjejas.

Beliau berkata pelaburan dalam industri petroleum akan dikurangkan dan apabila bekalan terkawal harga akan meningkat.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .