» » BLR dijangka naik lagi pada 2015 menyebabkan rakyat Malaysia semakin menderita


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah pun membunyikan “pengera keselamatan” bagi tanda amaran melihatkan kadar faedah yang rendah adalah antara penyumbang utama yang menyebabkan kenaikan harga rumah naik di Amerika Syarikat. 

Manakala di Malaysia, “gelembung” pasaran hartanah di Malaysia sudah mula kelihatan apabila kerancakan pasaran hartanah sudah mula mulai perlahan.

Selepas pemain hartanah daripada merasai kepesatan nilai dan pasaran hartanah di Malaysia sebekum ini , ditambah dengan spekulasi yang berlebihan dalam pasaran hartanah telah menyebabkan paras harga rumah di malaysia yang diletakkan pada hari ini hanyalah paras yang artificially. 

Dan sesuatu yang artificially pasti tidak akan lama bertahan dan bakal runtuh tidak lama lagi .

Kadar inflasi di Malaysia ialah 3.4% sebelum ini dan rakyat telah pun terbeban berpunca daripada kenaikan Kadar Inflasi di Malaysia pada 2014 .

Kesan secara langsungnya ialah :

1. Kenaikan harga barang & kos sara hidup rakyat Malaysia ketika ini

2. Barangan semakin mahal berikutan rasionalisasi subsidi

3. Pendapatan rakyat Malaysia kurang untuk membeli barangan sehingga menyebabkan pengurangan penggunaan untuk ekonomi


Punca Kenaikan BLR Naik Lagi 2015

Bagaimanapun , beban tersebut bukan sahaja berhenti setakat itu sahaja

Semakan Berita Semasa pada laporan dan analisis seperti di bawah ini menunjukkan berdasarkan analisa yang dilakukan oleh Moody’s Analytics, besar kemungkinan kenaikan kadar faedah semalaman (OPR) sekaligus kenaikan BLR naik 2015 akan berlaku tidak lama sahaja lagi .

Kenaikan BLR pada 2014 dirasakan perlu bagi mengekang gelembung hartanah dan aset selepas hutang isi rumah rakyat Malaysia terus melonjak tinggi ketika ini

Semuanya dasar kenaikan BLR naik lagi ini, berpunca kerana Malaysia telah diangkat sebagai pembuat hutang isi rumah tertinggi di Asia dengan kadar 86.8%, dan angka tersebut sangat membimbangkan Bank negara Malaysia (BNM) ketika ini.

- Hutang isi rumah tahun 2009 - 72.4 %
- Hutang isi rumah tahun 2012 - 81.3 %
- Hutang isi rumah tahun 2012 - 86.8 %

Beban pinjaman rakyat Malaysia akan bertambah selepas pengumuman kenaikan BLR 2015 sebanyak 25 mata , bakal menjadikan menjadikan BLR bank-bank di Malaysia menjadi 6.85% pada tahun 2015 ini .

1. Kebanyakan bank mengambil inisiatif memanjangkan tempoh pinjaman.

2. Tetapi ada juga bank terus menaikkan kadar pembayaran bulanan pinjaman daripada anda

3. Semuanya bergantung apa yang dipanggil kemampuan perbelanjaan dan pengurusan kewangan anda.

Para penganalisis meramalkan akan berlaku satu lagi gelombang kenaikan 25 mata asas untuk suku pertama tahun 2015 kelak (Q12015) sekaligus kenaikan BLR naik lagi 2015 sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015 .

Anda semua sudah bersedia ?


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .