» » 'Blogger Bangang' yang ditempelak oleh Najib,Razak ialah Dr M dan Kadir Jasin ?


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan penjelasan "blogger bangang" Umno yang dimaksudkannya ketika berucap semasa penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2014, hujung bulan lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, adakah blogger "bangang" yang perdana menteri itu maksudkan termasuk bekas pemimpin Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini aktif menggunakan blog beliau untuk mengkritik atau memberi pandangan terhadap pentadbiran Najib, termasuk juga bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin.

"Adakah Dr Mahathir, Kadir Jasin juga dalam konteks (blogger) bangang?" kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Adakah mereka (Dr Mahathir, Kadir Jasin) ini blogger upahan Umno? Najib perlu jelaskan berapa jumlah blogger yang 'cari makan' dengan Umno dan jumlah yang dibayar."

Dr Mahathir masih aktif memberikan ulasan terhadap senario politik tanah air dan pernah mengkritik pentadbiran Najib melalui blognya; www.chedet.cc, manakala Kadir juga sering meluahkan pendapatnya terhadap kepimpinan Najib melalui blognya, “The Scribe ‎A Kadir Jasin”.

Selain itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri selepas Dr Mahathir turut menggunakan blognya untuk berkongsi pandangan beliau di laman; www.paklah.net.

Mahfuz berkata, kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang bercanggah dengan kenyataan Najib semasa ucapan penggulungan presiden Umno minggu lalu.

"Kita tidak mahu Tengku Adnan jawab, Najib yang harus jawab," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Najib yang buat kenyataan, jadi kenapa setiausaha agung yang buat kenyataan penafian?"

Tengku Adnan minggu ini menafikan parti Melayu itu membayar blogger-blogger tersebut, sebaliknya ucapan Najib itu katanya adalah "nasihat" kepada mereka.

“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” kata Tengku Adnan ketika diminta mengulas berhubung desakan Mahfuz sebelum ini supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.

Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan blogger Umno siapa membayar gaji mereka, dan berkata mereka sepatutnya menyerang pembangkang, bukan Umno.

Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.

“Blogger yang pro-Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita, itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” kata Tengku Adnan.

Mahfuz turut menggesa agar jumlah pembayaran kepada blogger-blogger yang dimaksudkan dalam ucapan Najib itu didedahkan.

"Siapa sebenar yang tipu siapa, Najib atau Tengku Adnan," kata Mahfuz.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .