» » 'Banjir Landa Kelantan pada 2014 ini sangat Luar Biasa'


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan ketika ini adalah 'luar biasa'. 

Beliau meminta semua pihak memandang serius perkara itu bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Shahidan berkata ketika ini beberapa paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan dilaporkan kembali meningkat ke paras bahaya yang berkemungkinan jumlah mereka yang dipindahkan akan lebih ramai lagi.

"Dalam masa yang sama air sungai kembali naik di Gua Musang. Kuantan (Pahang) dan Besut di Terengganu pula ada yang berpindah semula.

"Fenomena ini kena ambil ingatan dan perlu berhati-hati kerana dalam kejadian hujan yang turun dan jika berterusan ini boleh berlaku gelombang yang lebih besar," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 di sini, petang Isnin.

Setakat malam ini lebih 16,000 mangsa banjir dilapor ditempatkan di 60 buah pusat pemindahan di lapan jajahan di Kelantan.

Terbaharu, banjir itu juga menyebabkan hampir 200 penduduk di Gua Musang berpindah berikutan limpahan air Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan yang kini melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak semalam.

Shahidan juga kesal kerana ada penduduk di negeri ini yang menjadikan banjirsebagai pesta mandi-manda yang sepatutnya dielakkan kerana khuatir boleh berlakunya musibah terhadap mereka.

"Kali ini bukan banjir biasa...ia luar biasa dan jika setiap tahun mereka menganggap ia adalah pesta tetapi kali ini jangan buat begitu.

"Air banjir kali ini arusnya deras..ia nampak laju dan saya harap berhati-hatilah mengenainya," katanya.

Sementara itu Shahidan juga berpuas hati dengan keberkesanan agensi yang terbabit dalam membantu mangsa banjir.

"Saya ucap terima kasih tetapi ada juga masalah kecil di sesetengah tempat. Keseluruhannya elok dan kita akan menambah lagi barangan basah yang penting dipusat pemindahan," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .