» » Banjir 2014 di Terengganu ragut 2 nyawa setakat ini


Wanita yang dilaporkan hilang bersama-sama suaminya selepas terjatuh dalam air banjir semasa proses pemindahan pada Rabu, ditemui mati lemas hari ini, menjadikan angka kematian kepada dua dalam gelombang kedua banjir di Terengganu.

Mayat Nur Hayati Sulong, 37, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 4.25 petang, kira-kira 700 meter dari lokasi pasangan itu dilaporkan jatuh di Kampung Geliga Che Akob, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Nor Mahathir Mohamad.

Suaminya Suhaimi Awang, 37, masih belum ditemui.

Mangsa pertama banjir ialah seorang remaja berumur 14 tahun, Nurrashidah Baharuddin, yang ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir di Kuala Terengganu, semalam.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .