» » '7 daripada 10 pengundi anggap Malaysia korup'


Persepsi terhadap rasuah di Malaysia masih tidak berubah sejak tahun 2005 dengan 77% pengundi Malaysia tahun ini bersetuju rasuah di Malaysia pada tahap serius, menurut kaji selidik Merdeka Center dan sebuah stesen radio swasta.

Kaji selidik yang dilakukan bersama BFM Radio sempena Hari Pencegahan Rasuah Dunia semalam menunjukkan persepsi ini kekal berbanding dengan yang dijalankan pada Ogos 2005 dan Jun 2012, yang masing-masing mendapati 76% dan 78% responden menganggap tahap rasuah adalah serius.

Ia mendapati 49% rakyat Malaysia melaporkan rasuah semakin meningkat, 20% menyatakan ia kekal tidak berubah, manakala 21% menyatakan ia menurun berbanding dengan setahun yang lalu, Merdeka Center berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian sama juga menyaksikan majoriti, iaitu 56% rakyat Malaysia, beranggapan usaha kerajaan menentang rasuah tidak meyakinkan walaupun kejayaan yang dicapai baru-baru ini oleh suruhanjaya anti-rasuah.

Pandangan ini lebih ketara di kalangan pengundi muda dan mereka yang mempunyai akses internet.

Rakyat Malaysia juga berbelah bahagi mengenai tindakan terhadap laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, di mana 51% menyifatkan laporan itu tidak diambil serius manakala 39% merasakan sebaliknya.

Sekali lagi, pandangan ini lebih mendalam di kalangan pengundi muda.

Tetapi kaji selidik itu mendapati 67% rakyat Malaysia merasakan rakyat biasa boleh memberi pandangan berbeza dalam memerangi rasuah.

Sentimen ini amat kuat di kalangan penduduk luar bandar dan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah.

Kajian itu dijalankan Merdeka Center menerusi soal selidik antara 26 November dan 5 Disember 2014.

Seramai 1,019 pengundi berdaftar terdiri daripada Melayu 61%, 30% Cina dan 9% responden India ditemubual melalui telefon.

Responden dipilih berdasarkan sampel rawak berstrata di kalangan etnik, jantina dan negeri kediaman, dan wawancara dijalankan dalam bahasa pilihan mereka. 

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .