» » '1MDB perlu jernihkan keadaan'


Putrajaya hari ini menggesa pengurusan tertinggi dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdepan dengan rakyat dan menjelaskan keadaan berhubung status kewangan syarikat itu, menurut laporan theedgemarkets.com hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, 1MDB perlu menerangkan dengan terperinci dinamika operasinya dan kewangannya kepada umum kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

"1MDB perlu berbincang dan berkomunikasi dengan jelas. Ia mempunyai aset yang bagus dan saya yakin tiada masalah berhubung perkara itu," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan laporan polis dibuat timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan terhadap syarikat itu Jumaat lepas .

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .